Affiliates Others Refresh Follow
Holla

Hello! Call me Nasriah. My blog will consist mostly of my daily life. I ocassionally post other things too. You are not obligated like to me. Soon to be 18. Do pray for my excellence in SPM peeps! Good result, InsyaAllah. Ameen. Enjoy my blog!

Tagboard




Thanks
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


SEMUA TENTANG KITA
Friday 9 May 2014 | 0 comments
*buka tirai* *ketuk mic* eheem

bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum w.b.t dengan ini secara rasminya program miftah al-ilmi batch ke-5 telah tamat. *tutup tirai* K T____T

tamat cerita saya.

bye.

ehee gurau je *peace no war*
CHAPTER 1

alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana saya nasriah aliah binti abd razak telah terpilih sebagai salah seorang peserta miftah al ilmi. sedih bila nak kata program ni dah tamat. .tak payah nak sedih sangat lah kan. kau dah tulis pun kat atas tu. krikrik. nak cerita pengalaman sepanjang miftah ? agak panjang tu tapi tak apa cuba di pendekkan.

program miftah ni selama 4 bulan anjuran Kolej Islam As-Sofa 'KIS'. sepanjang 4 bulan ni kami mengutip segala kenangan manis dan pahit. macam2 masalah problem kami dapat dari awal kami masuk sehingga akhir miftah pheeww *kesat peluh* tapi kami terimanya dengan redha hati yang terbuka watlek wat peace lah kan. dengan segala kepahitan itulah terbina ukhwah kami. tapi kami betul2 rapat time dah nak dekat habis miftah pun. yelah sepanjang bulan 1-3 tu kami just belajar belajar belajar. takda langsung aktiviti yang boleh memahabbahkan kami.. masing2 ada group sendiri2 dia dgn group dia kita dengan group kita bermahabbah lah kau dengan group kau hahaha. sampai rasa macam bosan pun ada lah jugak duduk situ. awal2 tu ada lah jugak rasa macam nak stop tapi bila fikir2 balik apa tujuan aku datang ke sini terus tak jadi balik. rasanya niat dah lari tu.. hmm

CHAPTER 2

let me introduce my group kami ni macam2 perangai ada. pilik2 sungguh perangai. walaupun kami ni annoying gedik sampai rasa macam nak tampo lajulaju(gurau je bah! heheedegil sporting bijak bijak friendly (aku je tak)  tapi kami tetap AWESOME yuhuuu nama group kami ELF ever lasting friends sorry to fandom super junior kami curi nama fandom. nama tu aku yang letak pada awalnya saja je nak bagi nama dekat group w.s tapi semua macam suka je nama group tu so kami kekalkan dengan nama tu sehingga sekarang muehehehe. inilah kami. : 

maaflah gambar kegilaan kami tidak boleh ditayang nanti timbul kontroversi pulak ahaks.

kami ni semua 1 dorm. memang tidur pun sebelah2. kalau masing2 rasa nak berborak sampai tertidur, tidur jelah kat bawah himpit2. tau-tau esok bangun pagi dah ada kat bawah katil. kahkahkah. dorm kami dorm 6. dorm tu kalau takde kami memang sunyi sebab sekarang ni kakak2 sem semua dah kena duduk apartment so tinggal kami dan 2 orang kakak sem je yang duduk dekat dorm tu. scary jugak lah tapi best. boleh buat sesuka hati dekat dorm tu. selalu jugak kena marah dengan kak fisya n kak syida sebab bising. yelah masing2 suara kalau bercakap dah macam speaker.hahaha kami kadang2 berborak boleh jugak sampai ke pagi memang tak tidur. tau2 dah dengar azan subuh muahahaha teruk betul. tapi itulah kami. segala apa rahsia wajib kongsi 1 group. once dah bukak mulut nak bercerita memang kena cerita A to Z. kami kenal 4 bulan sahaja. tapi kami berborak, berkongsi cerita suka duka bersama dah macam kenal 4 tahun. hmm hebat betul ukhwah di KIS ni hahaha honestly sayang sangat dekat mereka ni. amira(krik krik), azlin(lin loi), sorfina(budak underage), nisaa (makcik satay), kak misya(speaker), amalina(amal kebajikan), faten(daten gojes & TM *tayang muka*), hasya(minah blurr). semua ada gelaran masing2. certain gelaran tu kami yang bagi ada tu memang banin miftah yang bagi. macam2 kan mereka ni hahaha bila teringat balik kenangan dengan diaorang ni kadang2 boleh senyum sorang2 macam orang gila. rasa untung sangat dapat kenal diaorang ni. thank you Allah sebab dah pertemukan aku dengan mereka. bersyukur sangat. *lap air mata*

CHAPTER 3

seperti biasa bulan 1 2 3 belajar test belajar midterm belajar belajar tapi ada 1 masa tu weekend after seminggu ambil result rasanya, ustazah ada lah buat program sembelihan. start situ lah mahabbahnya terjalin. tapi tu pun aku tak berapa nak enjoy sangat lah. sebab that time tengah sedih hasya nak berhenti lepastu time masak tu pun ada lah sikit salah faham. (tak ada kena mengena dengan aku pun) well perempuan kalau masak kan sendiri fahamlah. tapi for sure aku takde lah time salah faham tu... dah penat sangat cuci ayam ntah berapa ekor , potong bawang, sayur, cili ==' masuk dorm tidur pukul 3 tau2 turun da asar padahal start sembelih potong2 segala pukul 9. lama betul masaknya tu hahah.
(sesi potongpotong)
(muka khusyuk tengok orang sembelih ayam)
 (nak rapatkan lagu ukhwah, makan la dalam talam then suap2)
(tak ramai pun yang ada masa ni) 

lepas habis makan kitaorang 1 group lari terus pergi rumah sorfina sebab ada kenduri aqiqah adik dia.. sampai tak sempat nak bergambar dengan depa semua. seperti biasa pinjam kereta myvi habib kak misya drive sumbat sampai  9 orang . bayangkan lah sendiri macam mana kami duduk hehehe.

CHAPTER 4

2nd program mega arbain. apa tu mega arbain ?? ok, mai sini baca apa ceq nak terangkan pasai mega arbain tu. mega arbain tu kita menggunakan hadith 40. pilih mana2 hadith dalam hadith 40 tu untuk jadikan sesuatu macam pentomen, lakonan, nasyid, kalam jama'ie, dikir barat dan forum.alhamdulillah dapat group nasyid tak de lah macam payah sangat kan. my group mega arbain :



(ketinggian lelaki melebihi ketinggian perempuan)

tbh awal2 aku tak suka group ni sebab semua macam tak bagi kerjasama. bila buat perjumpaan krik krik je semua. tak sampai 1/2 jam pun kalau buat perjumpaan. puncanya semua tak cari lagu. segala benda tak buat sampailah 1 masa tu faten tolong rekakan lagu. dia ambik lagu ya toiba then dia ikut hadith tu. faten mula je baru semua bersemangat hafal segala hahaha padahal faten bukan group aku. start dari tu nampaklah kerjasamanya. sampai esok nak perform baru semua macam decide tu decide ni hahaha. semuanya last minute. mira n sorfina jugak join kami tolong main percussion (betul ke eja ni?) padahal group diaorg tak buat perjumpaan langsung tak discuss apa2 pun pasal forum. tapi apa2 pun terima kasih sesangat dekat faten mira n sorfina. tanpa diaorang group kami takkan menang no.3. terima kasih u all nisaa bintu saba lina harith muaz hazim akim amir sebab bagi kerjasama. tiba2 sayang pulak group ni muehehehe and still our group w.s  hidup.

bersambung...


























FUTURE
PAST